Isnin, 24 Ogos 2015

HARI KOMUNIKASI DAN PELAPORAN
SMK TAT BENG 2015

Hari Komunikasi dan Pelaporan SMK Tat Beng telah diadakan pada 10 Julai 2015, 9.00 pagi. Acara bermula dengan taklimat oleh SU PIBG berkaitan dengan Sarana Ibu Bapa diikuti oleh ucapan pengetua SMK Tat Beng, Tn Haji Nik Azman bin Salleh.

Seramai 72.56% ibu bapa telah hadir untuk mendapatkan laporan akademik anak masing-masing. Walaupun pada pagi tersebut hujan turun dengan lebatnya namun kehadiran ibu bapa tidak terjejas sedikitpun. Ibu bapa kelihatan ceria dan bersemangat untuk mendapatkan laporan akademik anak masing-masing di samping dapat berbincang tentang kemajuan anak-anak mereka dengan guru-guru tingkatan. Program ini tamat tepat pada pukul 12.00 tengah hari. Tahniah kepada Ibu bapa yang hadir.

 Pengetua Hj. Nik Azman bin Salleh sedang memberi ucapan alu-aluan.