HARI KOMUNIKASI DAN PELAPORAN
SMK TAT BENG 2015
Hari Komunikasi dan Pelaporan SMK Tat Beng telah diadakan
pada 10 Julai 2015, 9.00 pagi. Acara bermula dengan taklimat oleh SU PIBG
berkaitan dengan Sarana Ibu Bapa diikuti oleh ucapan pengetua SMK Tat Beng, Tn
Haji Nik Azman bin Salleh.
Seramai 72.56% ibu bapa telah hadir untuk mendapatkan laporan
akademik anak masing-masing. Walaupun pada pagi tersebut hujan turun dengan
lebatnya namun kehadiran ibu bapa tidak terjejas sedikitpun. Ibu bapa kelihatan
ceria dan bersemangat untuk mendapatkan laporan akademik anak masing-masing di
samping dapat berbincang tentang kemajuan anak-anak mereka dengan guru-guru
tingkatan. Program ini tamat tepat pada pukul 12.00 tengah hari. Tahniah kepada
Ibu bapa yang hadir.
Pengetua Hj. Nik Azman bin Salleh sedang memberi ucapan alu-aluan.